Monday, October 5, 2009

KESAN GANJA

KESAN GANJA

Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi. Perasaan high berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.
Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna. Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini, tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.

Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini, tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.

TANDA PENAGIHAN DADAH



Tanda-tanda penagihan dadah

Pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:

  1. kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
  2. meradang tidah tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
  3. mengelakkan diri daripada tanggungjawab
  4. tabiat suka menyembunyikan apap-apa yang dilakukan atau dimiliki
  5. hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu
  6. parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja
  7. berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah
  8. meminta wang yang berlebihan daripada keluarga
  9. suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah
  10. dijual di rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga
  11. selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah




    Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih dadah berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkanya kepada pakar-pakar perubatan.


Kesan Dadah Musuh No 1 Negara

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
akibat keatas penagih
akibat keatas keluarga penagih
akibat keatas masyarakat dan
akibat keatas negara


Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu . Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Akibat Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible). Kos nyata termasuklah:-
Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SEKOLAH GEMILANG ANTIDADAH (SEGAK) SMK SERI JEMPOL

Tarikh: 5hb. Oktober, 2009
Hari: Isnin
Masa: 3.00 petang
tempat: Bilik Gerakan SMK Seri Jempol
Jemputan Khas: En Mohd Fazli, Pegawai AADK Jempol












AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SEKOLAH GEMILANG ANTIDADAH (SEGAK)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JEMPOL
Penaung: PPD Jempol/Jelebu dan Pegawai AADK Jempol
Penasihat: Pengetua
Pengerusi Bersama:
1. Pn Surina bte Ismail (GPK Hem)
2. En Zianal bin Abu (YDP PIBG)
Timbalan Pengerusi:
1. En Sulaiman bin Malik (Guru Disiplin)
2. En Isa bin Senin (NYDP PIBG)
Setiausaha: En Muhamad Asri bin Husin (Guru Kaunselor)
Bendahari: Pn Azlina bt Othman
Ahli Jawatankuasa:
  1. En Mat Dah bin Othman (Lawatan)
  2. En Zafid bin Md Noh (Multimedia)
  3. En Syariff bin Ibrahim (RADAR-Rakan Anti Dadah)
  4. Pn Salina bt Harith (Ceramah)
  5. Pn Salwana bt Karim (Aktiviti)
  6. Pn Azizah bt Abd Majid (OKU -Orang Kurang/Kelainan Upaya)
  7. En Hasbullah Hadi (Bahan)
  8. Pn Faizah Muhammad (Sudut PPDa)











MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

tARIKH: 28.9.09

HARI: iSNIN

mASA: 9.30 PAGI

tEMPAT: Bilik Gerakan, Pejabat AADK, Seremban, N Sembilan.

Dipengerusikan oleh En Shafie, Pen. Pengarah AADK N Sembilan.







Program Selepas PMR

ANDA BERMINAT DAN MENDAFTAR SEGERA
Cabaran Alam Sekitar Jauhi Dadah,
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Tempoh : 3 hari/2 malam
Hari : Selasa, Rahu, Khamis
Peserta : 40 pelajar dan 4 guru
Anjuran : SMK Seri Jempol
Anggaran Belanja: RM200 seorang

(Termasuk: Tambang bas, penginapan di Woodland Resort, Permit masuk, Bot ke Gua Telinga, Bot Rapid Jeram, Canopy Walkway, insurans kemalangan)

Makan minum: sendiri
Pendaftaran: Cikgu Sulaiman 013-3715117



Borang Penyertaan


Nama:………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ting:……………………………………………. No KP;…………………………………………………………………...

Alamat:………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh Lahir:………………………………….. No Tel:………………………………………………………………..


Bersama-sama ini disertakan bayaran penyertaan RM100 dan bakinya akan diserahkan semasa program ini dilaksanakan.


Sunday, October 4, 2009

Lagu Sekolah SMK Seri Jempol

Lagu Sekolah

Indahnya oh sekolahku,
SMK Seri Jempol
Tempat belajar menuntut ilmu
Disanjung dan dipuja
Guru ikhlas dedikasi
Berbakti tiada batasnya
Mendidik insan berkualiti
ke arah hidup sejahtera
Kami sentiasa berusaha
Ke puncak jaya dicitakan
Berkerjasama seluruh warganya
Mencapai hasrat wawasan
Sekolahku yang tercinta
Terbilang di persada negara
Etika tinggi prestasi cemerlang
Berilmu berbakti gemilang

Sejarah Sekolahku....

SEKOLAH MENENGAH SERI JEMPOL

SELAMAT DATANG KE PORTAL INI
SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) telah ditubuhkan pada Januari 1998. Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Kamarudin bin Ibrahim. Guru-guru Penolong Kanan ialah En. Md. Nazri bin Hassan (GPK 1), Puan Rohani bt. Daharun, (GPK HEM) dan Pn. Anis Suraza bt. Sued (GPK Kokurikulum).
Jumlah kelas yang ditubuhkan ialah 8 kelas tingkatan satu. Jumlah guru seramai 23 orang, jumlah pelajar seramai 320 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) menumpang di SK Serting 3 selama 3 tahun dan 10 bulan. Pada bulan Mac 2000, Tn. Hj. Kamarudin b. Ibrahim telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Kluang. Tempat beliau telah diganti oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus. Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) mempunyai pelajar seramai 961 orang, 55 orang guru, 5 kakitangan pejabat, 1 pembantu makmal, 4 pekerja sambilan dan 4 jaga sambilan.
Jumlah kelas yang ada dan digunakan ialah 350 buah kelas. Mulai 5 Mei 2004 sekolah ini dikenali sebagai SMK Seri Jempol. Pada 16 Ogos 2004, Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus telah bertukar ke SMK Bandar Baru Serting dan jawatan pengetua SMK Seri Jempol telah disandang oleh Puan Hajah Saniah bt. Hj. Mohd Tahir . Walau bagaimanapun setelah kira-kira 1 tahun 6 bulan menerajui SMK Seri Jempol, beliau telah pergi ke rahmatullah pada 3 Februari 2006.Mulai 16 Mac 2006,SMK Seri Jempol telah menerima seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Mohd Som b. Abdul Hamid.

PEMADAM MALAYSIA

ADAKAH ANDA TAHU....

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau PEMADAM ditubuhkan untuk melaksanakan program-program pencegahan dadah di negara kita. PEMADAM telah dilancarkan dengan rasminya pada 22 Mac 1976 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussien Onn, selaku Penaung PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM kemudiannya telah dipanjangkan ke Negeri Sabah dan mempunyai Jawatankuasa penuh pada 8 Febuari 1982.

AADK

PENGENALAN

VISI
Menjadi suatu Unit yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.


MISI
Menjadi Unit yang diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan dan mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.


OBJEKTIF
1. Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Agensi dalam masa yang ditetapkan.
2. Memastikan penyiasatan berhubung apa-apa kesalahan yang dilakukan mengikut peruntukan dan tatacara undang-undang Persekutuan dan/atau antarabangsa.
3. Melaksanakan pendakwaan yang efektif, berdasarkan kepada penyiasatan yang sempurna, selaras dengan peruntukan dan tatacara undang-undang Persekutuan dan/atau antarabangsa serta kehendak-kehendak keadilan.

KESAN NEGATIF SYABU

KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.

Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.


Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

Kesan Positif Syabu

Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:


1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
2. Kekuatan mental dan fisikal.
3. Keseronokan dan khayalan
4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya
5.. Hilang selera makan.


Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

APA DIA SYABU

Syabu Cilaka


Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
  2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
  7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
  9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
  10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
  11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
  12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
  13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah

  1. Heroin,
  2. Morfin,
  3. Candu,
  4. ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis),
  5. amphetamin, b
  6. arbitured,
  7. pill mx,
  8. kokain dan lain-lain.

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

KETAHUILAH WAHAI TEMAN...
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan.
Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

Dadah Jenis Opait

OPAIT


Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:-
  1. Asli,
  2. Candu,
  3. Morfin,
  4. Heroin,
  5. Kodein,
  6. Ganja

Pengertian dan Jenis Najis Dadah

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.




JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:
  1. Opait
  2. Perangsang (stimulants)
  3. Penekanan (Depressants)
  4. Hallucinogen
  5. Ganja (Cannabis)

Rujukan://www.sabah.org.my

Sedarlah Belia......Kita Perlu Benci Dadah

Utusan Malaysia - 21/12/2007
Oleh MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN


TIGA orang belia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 dan Irene Manggi, 22, sebelum ini tidak dikenali umum tetapi dengan tiba-tiba mendapat perhatian media massa dan pelbagai pihak di negara ini.

Laporan media massa menunjukkan mereka telah menjadi mangsa penipuan sindiket dadah antarabangsa di negara ini kerana diperalatkan untuk menyeludup dadah ke luar negara.
Tanpa laporan media massa sudah tentu masyarakat tidak mengetahui kegiatan haram itu yang menyebabkan belia kita mati di tali gantung atau dipenjara untuk tempoh yang lama di negara asing.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dalam tempoh 11 bulan pada tahun ini, 32 belia wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun telah ditahan di beberapa negara atas kesalahan membawa najis dadah.
Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara dalam tempoh yang sama ialah 53 orang.

Bilangan yang ditahan itu agak mengejutkan kerana walaupun umum mengetahui bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dengan najis dadah bakal membawa padah tetapi masih ada belia wanita yang berani melakukannya.

Perbuatan mereka bukan sahaja boleh memusnahkan diri malah memburukkan imej Malaysia di mata dunia apatah lagi negara ini sangat tegas dalam hal dadah.
Walaupun bilangannya kecil tetapi mereka merupakan modal insan yang berpotensi menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara ini.

Menurut PDRM antara negara yang menjadi destinasi penyeludupan dadah ialah Australia, China, Brazil, Peru, Argentina, Jepun dan Trinidad & Tobago.

Raja Munirah misalnya, ditahan di Tokyo, Jepun, Umi Azlim di Guangzhou, China manakala Irene di Sao Paolo, Brazil kerana dipercayai menyeludup dadah ke negara itu.
Menurut PDRM kegiatan penyeludupan dadah di negara ini didalangi rakyat luar negara yang berselindung dengan visa pelajar yang diperoleh untuk belajar di universiti dan kolej di negara ini.

Sehubungan itu, tindakan PDRM membuat siri ceramah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara sejak Oktober lepas adalah satu langkah positif untuk mencegah pelajar universiti daripada terjebak dengan kegiatan haram dan berbahaya itu.
Tumpuan PDRM kepada institusi itu disebabkan kebanyakan mangsa yang terlibat ialah penuntut universiti awam dan kolej swasta.

Siasatan PDRM menunjukkan antara punca pelajar tempatan terjebak dengan sindiket itu ialah kerana bersembang di Internet, berkawan dengan rakyat asing dan mengadakan hubungan intim dengan warga asing.

Selain itu, mereka terpikat dengan janji pekerjaan, terpengaruh dengan janji kemewahan, dapat melancong ke luar negara, kurangnya pendedahan kepada media massa serta tidak peka dengan undang-undang berkaitan dadah.

Lebih mengejutkan apabila pendedahan Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin di media massa baru-baru ini menunjukkan mereka yang terlibat sanggup membohongi ibu bapa mereka kononnya bercuti ke luar negara bagi mengaburi kegiatan menyeludup dadah mereka itu.

Namun, pembohongan mereka terbongkar selepas ditahan pihak berkuasa luar negara kerana menyeludup dadah dan disiarkan oleh media massa tempatan.

Apa yang berlaku itu tentulah menyusahkan dan membebankan ibu bapa dan keluarga khususnya dari segi kewangan. Pastinya mereka amat sedih serta mengalami tekanan emosi akibat perbuatan anak mereka.

Kasihan ibu bapa, sudahlah dibohongi anak, terpaksa pula menghabiskan wang ringgit bagi menyelamatkan anak itu daripada pihak berkuasa negara itu. Malah terpaksa memohon simpati orang ramai bagi membantu anak mereka.

Contohnya, keluarga Raja Munirah telah kehabisan wang bagi menampung kos guaman dan terpaksa memohon sumbangan sebanyak RM20,000 daripada orang ramai bagi membiayai kos guaman bertujuan mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung Jepun pada 14 Disember lepas.
Sementara itu, mujur ada pihak seperti UMNO Bahagian Pasir Puteh dengan sukarela melancarkan Tabung Umi Azlim Mohamed Lazim bagi membantu meringankan beban keluarga gadis itu untuk berurusan di China.

Oleh kerana antara sebab mereka terlibat dengan sindiket itu ialah kerana kurang pendedahan kepada media massa, maka belia yang sentiasa terdedah kepada maklumat daripada media massa harus membantu dengan menyampaikan berita atau menggalakkan rakan lain membaca, menonton dan mendengar berita dari media massa tentang kegiatan haram itu.

Di negara ini, berita boleh diperoleh melalui media seperti surat khabar pelbagai bahasa, televisyen dan radio menerusi pelbagai saluran. Malah Internet juga menyediakan bahan berita secara online yang disediakan oleh media massa.

Pihak media massa yang dilihat sentiasa melaporkan tentang kegiatan itu, harus terus memainkan peranan dengan memfokus dan membongkar kegiatan haram itu supaya belia sedar tentang kesalahan dan hukuman yang bakal diterima.



* Penulis ialah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Posted by Raja Munirah Raja Iskandar at 3:57 PM

Apa itu dadah?

Apa itu Dadah?
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.
Rujukan; Fail AADK.

Tuesday, September 29, 2009

Tahniah dan Terima kasih...

Warga SMK Seri Jempol mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan JPNS, PPD dan AADK di atas perlantikan sekolah menyertai Program Segak (Sekolah Gemilang Antidadah) mewakili Daerah Jempol bersama-sama 7 buah sekolah lain yang terpilih mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan.


Pihak sekolah juga menerima dengan tangan terbuka.


Mohon kerjasama dari pelbagai pihak untuk membantu dalam apa bidang untuk menjalankan kempen tersebut.