Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak jawantankuasa program SEGAK SMK Seri Jempol mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf Zahir Batin.

Tuesday, April 27, 2010

PIAGAM PELANGGAN AADK

Mengurangkan kelarian penagih tidak melebihi 50 peratus berbanding dengan tahun 2007;


Meningkatkan tahap pemulihan penghuni sebanyak 30 peratus;



Memperluaskan perlaksanaan Program TC (Therapeutic Community);



Meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dan kakitangan;


Memperhebat program dan aktiviti pencegahan dan publisiti kepada kumpulan sasar;



OBJEKTIF AADK

Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah

Merawat dan memulihkan penagih dadah

Mencegah penagihan semula

Membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah

MISI, VISI & WAWASAN AADK

MOTTO: BERSAMA MEMBASMI DADAH

MISI: AGENSI UTAMA MEMERANGI ANCAMAN DADAH

WAWASAN: MASYARAKAT MALAYSIA BEBAS DARI DADAH

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH JEMPOL

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jempol
terletak di Batu 38, Kampung Serting Tengah,
Batu Kikir,
Negeri Sembilan.


Keluasan pejabat AADK Daerah Jempol adalah sebanyak 3 ekar.

SEJARAH PENUBUHAN AADK

AADK

1972— Penubuhan Biro Narkotik Pusat ( Dalam Kementerian Undang-undang )

1983— Penubuhan Jawatankuasa Antidadah (PPAD & BRPD)

7 Februari 1996—Pasukan Petugas Antidadah (PPAD) serta Bahagian Rawatan Dan Pemulihan Dadah digabungkan menjadi Agensi Dadah Kebangsaan (ADK)

Disember 2004— ADK bertukar nama kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

28 Januari 2004— Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala dadah (JKMD) menggantikan Majlis Dadah Kebangsaan (MDK)

BANTU KAMI CEGAH DADAH DI JEMPOL

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jempol,
Bt 38, Kampung Serting Tengah,
72000, Jempol,
NegeriSembilan.
06-4982430
06-4982430 Pejabat
06-4982431 Fax

BUDAK 9 TAHUN UGUT PENGUATKUASA AADK

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang pegawai KDN. Katanya masalah dadah di kalangan peneroka di N.Sembilan memang amat parah dan kritikal.

Sila baca artikel sebelum ini MELAYU , 1 RUMAH , 1 PENAGIH DADAH di http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html*********************

Budak 9 tahun ugut penguat kuasa AADKHarian Metro 26 Apr 2010SEREMBAN: “Jaga-jaga, siap kau!” Mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bukan saja melaungkan kata-kata amaran itu, malah turut berani mengacukan pisau terhadap anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mahu menahan bapanya di Felda Palong, Jempol, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 3.45 pagi Rabu minggu lalu, sepasukan 13 pegawai dan anggota AADK Jempol diketuai Ketua Pegawainya, Zakryei Arip menyerbu rumah suspek berusia 42 tahun untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, ketika serbuan, isteri suspek berusia 39 tahun enggan memberikan kerjasama dan turut memaki hamun anggota penguat kuasa.

Tidak cukup dengan itu, anak lelaki suspek turut bertindak agresif apabila mengugut seorang anggota dengan sebilah pisau.Suasana tegang itu memaksa AADK mengheret suspek keluar dari rumahnya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek seterusnya didapati positif dadah jenis heroin.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budak9tahunugutpenguatkuasaAADK/Article

MAJLIS HARI ANUGERAH 2009

Syabas dan Tahniah kepada semua warga sekolah (pelajar maupun guru) kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2009, PMR dan SPM.

Tokoh pelajar Lelaki 2009 adalah Adik Azizul Baba

Tokoh pelajar Perempuan 2010 adalah Adik Saodah Yaacob

Majlis telah disempurnakan oleh

YB Dato' Haji Lilah bin Haji Yassin
Ahli Parlimen Jempol

Tarikh: 27hb. April 2010
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol

Friday, January 15, 2010

Al-fatihah, Mohd Fais Asyraf Ting 1A

Semua warga SMK Seri Jempol telah kehilangan seorang warga sekolah apabila seorang pelajar telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib semalam
Pada: 15hb. Januari, 2010
Hari: Jumaat
Akibat sakit: asma.
Nama: Mohd Fais Asyraf bin Fajar Ikhwan
Tingkatan: 1A

Akan selamat dikebumikan pada 16hb. Januari, 2010.

Semoga rohnya dilimpahkan kurnia dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang beriman.Amin.

Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah pada keluarga arwah.